~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Thursday, February 10, 2011

APA PERBEZAAN IKAN TONGKOL DAN IKAN TUNA...???/

SAPA TAHU????????
angkat kaki.. :)


tgk dr sini apa beza dia...


p/s: saper tahu sila tulis kt comment ok..

Wednesday, February 9, 2011

Lelaki Soleh Pun Cemburu...

  •  Rasullullah s.a.w mencemburui Mariah al-Qibtiyyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasullullah S.A.W, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya..
Suatu hari, Rasullullah S.A.W menemui Mariah dan melihat kelibatnya ada bersamanya. Rasullullah S.A.W berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Dijalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasullullah S.A.W pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasullullah S.A.W lantas menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.
Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan kemaluannya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasullullah S.A.W. Rasullullah S.A.W berkata : " Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku".
(Riwayat Al-Bazzar)
 
  • Umar cemburukan isterinya ke masjid
Umar bin Al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata " Jika kanda melarang, dinda takkan pergi". Umar diam sahaja kerana teringat pesanan Rasullullah S.A,W yang bermaksud "janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid"
(Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)
  • Ibnu Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya
Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpul pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.
  • cemburu Mu'az bin Jabal waktu Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. lalu masuklah hambanya menemuinya. kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az berasa cemburu sehingga dia bertindak memukul isterinya..


sumber : SoLusi [Isu:28]
 lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta..
 dari sini sy jumpa :)

BERCERITA TENTANG JODOH...




Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”


Sambungan Disini..
Dipetik dr : http://genta-rasa.com

Apa ada ngan nama.... :)

salam :)

jom mengenali nama aku ngan lebih dekat.. kah2....
korang rasakan apa org panggil aku time kecik smpila dah dewasa nie.. 
rasa-rasanya la kan ade berapa nama panggilan aku dr kecik smpi sekarang ??




TiMe kEcIK...

time aku kecik2 nama aku dua panggilan tapi mcm lbh kurang jea akua rasa

JoE-rE : Ini arwah nenek aku panggil n sekali semua nenek n atuk sedara aku n sedara aku panggil ngan nama ini... so yg mulakan panggil ini adalah arwah nenek aku.

ZuRa / Akak : Ini mak aku n ayah aku n akak akun abg aku n adik aku panggil.

Jue-Leng : nie nama aku bila abg aku ejek aku...kuang asam punya abg2.. tapikan diaorang pon ade nama ejek diaorang bila kitaorang gaduh... lebo...joh-no@roti john...se-deng.. n panak@boyot.. :)

TiMe sEk ReN...

Time sekolah nie nama aku satu jea  org panggil..

Fiza : ini nama aku masa sekolah rendah.. so saper panggil aku ngan nama nie aku tahula..dia mmb sek.ren. aku.. ok

Piza Hut : nie budak2 yg suka ejek aku..ngan nama ini

oh.. lupa ade lg satu... 

Olive : nama makwe popeye ..nie cikgu aku suka panggil sbb aku kurus mcm makwe popeye.. :)

TiMe Sek Men....

Time sekolah menengah nie byk nama aku.... org panggil .. :)

Zura : selalu kt sekolah men. org panggil aku nama nie..so bila sekarang jumpa tahula dia mmb sek men aku.. kih2

Fiza Zura : ada gak org panggil aku nama nie sbb time sekolah ramai sgt org nama fiza n zura... aduh..

Fie-Zuera : nama nie disebabkan ramai nama fiza n zura.. so mmb2 PBSM ku panggil aku ngan nama nie.. :)

TiMe dIP...

Fiza : Time Dip nie aku suruh diaorang panggil aku nama nie... tapi...

Adek : mmb3 aku panggil aku ngan nama nie sbb perangai manja n suara aku mcm adek panggil kakak.. heheheh..( nie geng aku time dip n mmb housemate aku).

Kecik : nie org panggil aku bukan sbb aku kecik ok.. sbb  suara aku yg comel nie.. kih2.. saper kenal tahula... korang tahu..ade kakak tue tak puas hati mmb2 aku panggil nama aku ini.. dia kata aku bukan kecik badan besar ada ker panggil kecik... ish.. sukahatila mmb aku nk panggil apa...betul tak?.. :)

cuba korang tanya mmb2 aku time dip nie tahu tak nama sebenar aku apa?...sure diaorg blur.. kih2

Time Deg...

Time deg nie nama aku ada dua jea...
Zura: nie budak housemate aku panggil

Fiza : nie mmb2 kolej panggil

so dpt bezakan klu ade mmb deg. aku yg korang kenal panggil aku "zura" tue maknanya ex-housemate aku time blajar..k n juga geng mmb ex-housemate aku..

Now....

Pisa : nie bdk housemate aku panggil.. aku pun tak tahu..mb masa aku kenalkan diri aku terpelat sebut "fiza: jadi "pisa" kot

Yati : nie jiran ofis aku panggil... aku pernah kenalkan diri aku "fiza".. tapi mb dia lupa panggil aku " yati" tapi aku tak kisah..pun yg penting jgn panggil aku bukan2 sudah kan..

Fiza : nie officemate aku panggil ..yea..

FullStOp....

Rasanya nama apa yg selalu org panggil heheheheh .. :))


p/s: lupa nak ckp.... mak aku suka tgk cerita  "Azura" ituela sbb nama aku ade Azura.... ok

" papa adek "




 WHO???????


Him ???


or him ????


mb him ??

or him??
emmm.. him???



oooo...who??? him..right?


i thought  him... :)

Actually he nephew call him "papa adek" ..full stop


p/s: setiap org mempunyai bakat n karisma tersendiri...right??  :)


:: perasan tak? nama adikberadik pakwe nie ade nama gabungan nama arwah ayah n mummy dia ::

Saturday, February 5, 2011

Cara Pemotongan Kuku yg Betul


Memotong kuku ada caranya.kuku adalah sebahagian drpd badan kita dan perlu kita hormati.Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yg dipotong dan buang kuku yg tlh dipotong ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Hari Potong Kuku:

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya Ubat dan masuk kepadanya Penyakit.

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya Kekayaan dan masuk kepadanya Kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya Gila dan masuk kepadanya Sihat.

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya Sihat dan masuk kepadanya Penyakit. 

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya Was-was dan masuk kepadanya Kepapaan
.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya Gila dan masuk kepadanya Sembuh dari Penyakit. 

Hari Jumaat :Nescaya keluar daripadanya Dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya Rahmat drpd Allah Taala.

Aturan Potong Kuku:

Mulakan potong kuku dgn Bismillah dan Selawat Nabi, potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan,kemudian jari kelinking sblh kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Untuk Kaki pula, mulakan dgn jari kelinking kaki kanan sampai kelinking kaki kiri.

Itulah sunnah yg paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

n ambil dari majalah I Luv Islam.. :)

ps: Jom selawat nabi.. :)