~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Monday, November 8, 2010

Api Oh Api

"Api..api..lari!"
"Selamatkan diri!!"

Siren kecemasan kedengaran. Bertempiaran semua orang menyelamatkan diri.

Saat itu semua orang hanya memikirkan diri sendiri.

Tiada lagi istilah boss dan kuli. Lari atau mati.

Demikian sedikit gambaran kebakaran yang selalu kita dengar di kaca TV.

Menariknya, tatkala peristiwa ini berlaku tenaga itu datang dengan tiba-tiba dan sungguh luarbiasa.

Malah ada yang mungkin melompat ke luar jendela, mencari jalan keluar yang paling pantas.

Refleksi diri hari ini; Sungguh kurang di antara kita yang lari menyelamatkan diri dari api neraka biarpun sudah tahu akan bahananya.

Malah ada yang menyiram dengan siraman maksiat, menyemarakkan lagi api untuk memanggang diri sendiri.

Aku kira cerita di atas bukan analogi semata-mata tapi ia adalah satu kebenaran yang perlu difahami.

Ia adalah satu gambaran berupa peringatan daripada Allah s.w.t. Dan hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan menyedari rahsia alam.

Orang selalu kata yang kita senang ingat Allah bila kita susah. Ironinya, kita kurang pasti berapa ramai yang mengingati Allah tatkala mereka sakit.

Malah ada yang menjadikan alasan sakit itu untuk menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya.

Sakit itu semacam satu lesen besar untuk lari dari kewajipan yang sewajarnya.

Sepatutnya, sakit itu adalah peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

"We have physical heart and we have spiritual heart. The physical heart would hardened if we eat a lot. By that I mean arterosclerosis. The same thing goes to spiritual heart. It would harden as well. For the fire was created to melt the hardened heart."

Maka marilah kita semua menyucikan hati kita. Munafiqun itu tempatnya neraka. Kafirun pun sama.
Hanya mukminin yang akan ke syurga. Renungkan pesanan ulama khusus untuk semua.


- Artikel iluvislam.com 
  Penulis : Wan Yusof Nurilham Ezani Wan Jaffery

Bersenam untuk kesihatan

Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni.
Ali : Normal lah, ayam.
Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pegi exercise.
Ali : ... Apa jenis lawak kau buat ni?

Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam. Ya, bersenam.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.

1. Untuk menyihatkan badan.
2. Untuk membakar lemak.
3. Untuk menguruskan badan.
4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.

p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

jom...bersenam.. :)
 From :iluvislam.com