~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Saturday, February 5, 2011

Cara Pemotongan Kuku yg Betul


Memotong kuku ada caranya.kuku adalah sebahagian drpd badan kita dan perlu kita hormati.Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yg dipotong dan buang kuku yg tlh dipotong ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Hari Potong Kuku:

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya Ubat dan masuk kepadanya Penyakit.

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya Kekayaan dan masuk kepadanya Kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya Gila dan masuk kepadanya Sihat.

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya Sihat dan masuk kepadanya Penyakit. 

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya Was-was dan masuk kepadanya Kepapaan
.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya Gila dan masuk kepadanya Sembuh dari Penyakit. 

Hari Jumaat :Nescaya keluar daripadanya Dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya Rahmat drpd Allah Taala.

Aturan Potong Kuku:

Mulakan potong kuku dgn Bismillah dan Selawat Nabi, potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan,kemudian jari kelinking sblh kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Untuk Kaki pula, mulakan dgn jari kelinking kaki kanan sampai kelinking kaki kiri.

Itulah sunnah yg paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

n ambil dari majalah I Luv Islam.. :)

ps: Jom selawat nabi.. :)


No comments:

Post a Comment