~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Monday, November 15, 2010

ADAKAH ANDA PANIK!!!!!!!!!!!!!!!!



GANGGUAN PANIK (PANIC ATTACK) DAN AGORAFOBIA

Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?

Jika YA, teruskan...

Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?

Jika YA, teruskan ...

Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :

Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?

Adakah anda gementar atau bergetar?

Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?

Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?

Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?

Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?

Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?

Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?

Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?

Adakah anda berasa akan mati?

Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?

Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?

Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA?

Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!

Baiklah, teruskan lagi ...

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan terhadap kejadian satu serangan lagi?

Jika YA...

Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!

* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia

Agorafobia (Agoraphobia)

Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk menghadapi keadaan itu?

Jika YA...

Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !

- Artikel iluvislam.com
Penulis: Nurul Hakimah Khairir 

PENYAKIT: Takut 15 Makanan Ini!

Salam... best tak topik nie :).. dengar pekataan " PENYAKIT" ngeri jea bunyinya...

jom kita tgk khasiat setiap makanan ini... :)

SALAD


Pencegah penyumbatan arteri

Vitamin C dan beta karoten di dalamnya mencegah oksidasi kolestrol. Sewaktu proses oksidasi berlaku, kolesterol akan mengeras dan membentuk plak di dalam pembuluh darah. kesannya, penyumbatan akan berlaku.

KENTANG


Agen penurun tekanan darah

Kentang secara umumnya dapat membantu menurunkan tekanan darah anda kerana kandungan natriumnya yang rendah iaitu hanya 0.4mg / 100gm. Syaratnya, ambil sebiji sahaja bagi setiap kali dan makanlah yang dipanggang bukannya dimasak bersama keju atau diletakkan didalam makanan berkuah.

TEMPE


Pengusir penyakit degeneratif

Tempe kaya dengan kandungan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Tempe mengandungi agen antibiotik semulajadi yang dapat membantu menyembuhkan infeksi manakala kandungan antioksidanya pula dapat mencegah risiko penyakit degeneratif.

BIJIRIN


Agen pencegah kanser terbaik!

Pengambilan 30 gram serat sehari dapat mengurangkan risiko serangan payudara sebanyak 50 peratus. Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat juga membuktikan makan bijirin setiap hari dapat mengurangkan 28 peratus risiko kegagalan jantung.


LOBAK MERAH


Penyelamat kulit dan jantung

Pengkaji di Institut Kanser Kebangsaan, Amerika Syarikat melaporkan bahawa individu yang banyak mengamalkan pengambilan karotemoid iaitu sejenis pigmen di dalam lobak merah akan mampu mencegah risiko mendapat kanser kulit enam kali lebih efektif.


 TAUHU


 Bantu minimakan risiko kanser

Amalan makan tauhu secara konsisten membantu menurunkan risiko kanser payudara dan prostat. Pemerhatian oleh sekumpulan saintis di Jepun mendapati amalan ini diet dapat membantu mengurangkan risiko kedua kanser ini sebanyak 80 peratus.


DAGING MERAH


Membantu menyuburkan dan menambahkan rambut

Zat besi yang ada di dalam danging merangsangkan pertumbuhan rambut. Selain itu, nutrisi ini juga dapat membantu melindungi rambut keguguran.


BROKOLI


Pencegah kanser serviks
Kandungan asid folat yang tinggi pada brokoli dapat membantu menghentikan virus pencetus kanser serviks, menurut hasil kajian oleh saintis dari Universiti Alabama, Amerika Syarikat.
TEH HIJAU

 
Memelihara payudaramu

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Dr.Gail Sonenshein, ahli bio-kimia dari Universiti Boston, Amerika Syarikat, teh hijau dapat membantu mencegah kanser payudara, terutamanya yang berpunca daripada faktor usia. ini kerana teh hijau mengandungi kadar polifenol yang tinggi di dalamnya.


BAYAM



Baik untuk yang kurang darah
Bayam kaya dengan vitamin A , C dan E seta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Jus Bayam mengandunhi zat besi secukupnya untuk mengatasi masaalah2 yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian diminum dua kali sehari.


KEJU



Cegah karies Gigi
Kajian di California mendapati bahawa kalsium yang terkandung di dalam keju bukan sahaja mampu membantu menguatkan gigi sebaliknya turut melindungi 'mutiara' anda itu daripada terkena karies gigi. Ini kerana kadar pH yang terkandung di dalam keju tersebut.


KOPI


Perangsang daya fikir otak

Kopi sememangnya diketahui umum mengandungi antioksidan yang tinggi. Kopi juga dapat membantu menurunkan risiko terkena Alzheimer sebanyak 60 peratus. Namun, hadkan pengambilan secawan sehari.


OREN

 Singkirkan LDL

Kadar penyerapan vitamin C yang tinggi di dalam buah oren turut membantu mencegah kenaikan LDL (Lemak jahat) di dalam tubuh. Vitamin C juga dapat membantu mengurangkan risiko alahan.


BAWANG PUTIH


Pelindung prostat bagi lelaki
Nutrisi kimia yang terkandung di dalam bawang putih telah terbukti berkesan mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 50 peratus.


JUS ANGGUR


Minuman awet muda

Pencermaran bahan toksik dalam tubuh di samping stres sering membuatkan kita diserang gejala penuaan lebih awal. Antioksidan yang terkandung di dalam anggur iaitu 'resveratrol', diketahui dapat membantu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab stre oksidatif di dalam tubuh.


:: Selamat membaca::

Atikel : majalah rapi
Gambar :  ehsan dr Google 
 

Friday, November 12, 2010

Fadhilat puasa zulhijjah

Buat sahabat yg dikasihi, hari wukuf ialah hari isnin. Ssp yg berpuasa pd hari wukuf, Allah akan ampunkan dosanya pd thn itu dan tahun akan datang, biarpun dia x berada d pdg arafah. 
salam hari jumaat semua.....

sumber : nor_liza

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupon jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 ZULHIJJAH doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,  Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari “Tarwiya” (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH  turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari “Arafah” (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH  adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari “Nahar” (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam “lima doa” untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.


Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini. Makna/Pengertian
1 La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu,  lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai’in qodier Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2 Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu,  ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  Tuhan Yang Tunggal,  Yang Dibutuhkan,  Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3 Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa,  Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan,  dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4 Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa ‘ala kulli syai’in qodier. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  baginya kerajaan dan pujian,  menghidupkan dan mematikan,  dan Dia Hidup tidak mati,  di TanganNya semua kebaikan,  dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5 Hasbiyallahu wakfa sami’allahu liman da’aa laisa waraa allahi muntahi. Allah telah menjamin aku,  dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa,  Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil,  dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.;  maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, “Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
 
HARI AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 

  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali


  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..


  • Solat sunat qabliyah asar


  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali


  • Membaca Laillahaillalah wahdahula….huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.


  • Solat sunat qabliyah & ba’diyah maghrib


  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra’kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith… jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya…


  • Solat sunat tasbih


  • Solat sunat hajat


  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna… sebanyak 50 kali

  • 10 Zulhijjah 
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
     Melakukan korban
     11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat ‘Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


    29 day : no rice ........... 2nd day : detox :)

    ~ hai..hai..hai...~

    Assalamualaikum semua :)

    Dipagi yg sejuk n hujan lebat nie aku keseorangan menunggu budak ofis dtg kerja..kih2
    buka2 blog terkejut ade org gak suka info dlm blog aku tq...akak tak dilupakan adik khel n adik tinie dan jugak kawan aku yg tgh happy coz pregnant anak ke-2 :) kau laksana bulan tq semua kerna sudi jadi flowwers saya... walaupun 4 ok apa :)