~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Thursday, November 11, 2010

28 day : no rice ........... 1st day : detox :)

Salam, 

u all sihat ker semua... dah lama aku tak diet mb 2 mgg kot..heheheh.. tapi berat aku still sama... alhamdulillah hari selasa dapat gaji jea terus bila barang2 untuk diet :)

aku suka sebab hari ini rupa2nya aku 28 hari tak makan nasi....kira nk dekat sebulan la kan... sblm aku nak diet balik aku ingat aku nak buat detox dulu....

1st day detox

semua jenis buah kecuali pisang. 
hari pertama kamu hanya makan semua jenis buah yg kamu inginkan dan disarankan kamu memakan banyak buah tembikai dan cantaloupe ( sejenis buah tembikai kechik)

1st day nie aku makan buah  

epal merah

buah plum

 nie la buah yg aku makan hari ini....beli semalam kt pasar....yum2 delicious   :)

selamat menjamu selera semua....

:: nie gambar ehsan dr google image ::

Wednesday, November 10, 2010

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. - www.iluvislam.com

jom minum air kosong :)

Monday, November 8, 2010

Api Oh Api

"Api..api..lari!"
"Selamatkan diri!!"

Siren kecemasan kedengaran. Bertempiaran semua orang menyelamatkan diri.

Saat itu semua orang hanya memikirkan diri sendiri.

Tiada lagi istilah boss dan kuli. Lari atau mati.

Demikian sedikit gambaran kebakaran yang selalu kita dengar di kaca TV.

Menariknya, tatkala peristiwa ini berlaku tenaga itu datang dengan tiba-tiba dan sungguh luarbiasa.

Malah ada yang mungkin melompat ke luar jendela, mencari jalan keluar yang paling pantas.

Refleksi diri hari ini; Sungguh kurang di antara kita yang lari menyelamatkan diri dari api neraka biarpun sudah tahu akan bahananya.

Malah ada yang menyiram dengan siraman maksiat, menyemarakkan lagi api untuk memanggang diri sendiri.

Aku kira cerita di atas bukan analogi semata-mata tapi ia adalah satu kebenaran yang perlu difahami.

Ia adalah satu gambaran berupa peringatan daripada Allah s.w.t. Dan hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan menyedari rahsia alam.

Orang selalu kata yang kita senang ingat Allah bila kita susah. Ironinya, kita kurang pasti berapa ramai yang mengingati Allah tatkala mereka sakit.

Malah ada yang menjadikan alasan sakit itu untuk menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya.

Sakit itu semacam satu lesen besar untuk lari dari kewajipan yang sewajarnya.

Sepatutnya, sakit itu adalah peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

"We have physical heart and we have spiritual heart. The physical heart would hardened if we eat a lot. By that I mean arterosclerosis. The same thing goes to spiritual heart. It would harden as well. For the fire was created to melt the hardened heart."

Maka marilah kita semua menyucikan hati kita. Munafiqun itu tempatnya neraka. Kafirun pun sama.
Hanya mukminin yang akan ke syurga. Renungkan pesanan ulama khusus untuk semua.


- Artikel iluvislam.com 
  Penulis : Wan Yusof Nurilham Ezani Wan Jaffery

Bersenam untuk kesihatan

Abu : Isk, banyak betol lemak ayam ni.
Ali : Normal lah, ayam.
Abu : Ayam ni dulu mesti tak rajin pegi exercise.
Ali : ... Apa jenis lawak kau buat ni?

Lawak spontan yang kawan serumah buat ketika memasak malam tadi berkaitan dengan bersenam. Ya, bersenam.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.

1. Untuk menyihatkan badan.
2. Untuk membakar lemak.
3. Untuk menguruskan badan.
4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW :
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.

p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

jom...bersenam.. :)
 From :iluvislam.com

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Diet.. oh diet..... Dimanakan kau berada... :(

Salam selasa semua ... :)

knp? N3 aku nie...entahla.. mb aku kecewa n malas nak mengharap...... opps.. bukan kecewa ngan diet aku ok, 4 ur information aku still diet tapi bukan dirt atkins.. budget nak beli barang untuk diet takdala.... aku tak tipu..duit aku cukup2 nk balik kmpg... :( .. kecewakan bunyinya... aku just diet makan biskut kering jea cecah ngan air panas... waaaawawaaa...  knp? faham2la duit tak masyuk lagi... sedihkan...  mb aku start diet atkins mgg depan kot... insyallah.. sbb time tue duit dah masyukkkkkkkk...

itula sbb aku malas nk update blog aku... bukan apa.. babe...sbb aku sudah melangar pantang larang diet..tapi aku still tak makan nasi...fuhhh tak sangka aku dah nak msk tiga mgg aku tak makan nasi.. huhuhu.. klu tak aku buat nasi goreng tiap2 hari time2 macam nie nk tgg duit masyukkkkk... :)

chaiyok2 fiza zura.. diet2 untuk sihat n cantik... n jadi comel mcm dulu... :)

diet untuk sihat n cantek.. fiza zura

::Sila bg semangat kat saya ::

Cahaya rezeki


Friday, October 29, 2010