~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Friday, October 15, 2010

1 st day... induction

~ salam semua ~
Amacam sihat ker u all...huhu..hari ini rajin lak nak update blog..anyway baru jea siap report untuk client..
erm... hari 1st day induction harap tak terkantoi..kan...doakan yea...
owh..lupa plk..bak kata adik dzul sebelum kita nak start diet nie kenala timbang berat kita dulu...takla nnt org tanya brp berat turun kita tak tahu..betol tak? 
-----> betul 2 (bak kata ipin)
15/10/10
Weight : 65.4 kg
Height : 148 cm

MATLAMAT

29/10/10
Weight : 60 kg
Height : 148 cm 
Mesti korang tertanya2 asal lak pulak target sikit jea... relax la babe.... 60 kg ok aper .. ingat senang ker nak turun 60 kg ...sebab kita tak tahu metobalisma setiap orang betul tak?
APA??????
owh!! korang nak tgk gambar aku yg comel  mcm mana...lor..aku dah bg info berat aku skrg brp? tinggi brp? baca pun dah taw aku nie terlampau..comel ( perasaan sendiri).. yeala saper lagi nak puji diri ini klu bukan diri sendiri tol tak ?

jom tengok menu

2 gelas air bangun tidur
1 gelas air sblm nak g kerja
B- Telur dadar ( masak ala2 sheila rusly ltk mayonis 1 sudu ) sedap taw..+1/2 cheadder
5 gelas air masa tgh kerja
L-1 kepak ayam goreng + kerabu taugeh
D- Telur dadar mcm breakfast @ sayur goreng + isi ayam.

Hope...1 st day induction berjaya..amin.. huhuhu ... u all klu my menu more than 20g crab bg tahu yea.. so blh tahu sbb apa lama turun huhuhu... ok la see u... muaaaahhhh :)



Wednesday, October 13, 2010

suka2 .. jom tgk shin chan




:: Plain water is important !!!! ::

USEFUL TIPS

Correct timing to take water will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs.

One (01) glasses of water - 30 minutes Before meal - Help digestion.

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure.

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack.

Please pass this to all the people whom you care..... sharing is caring ;-D

Credit : k.myoliza akak kita amik dr blog akak... :) tq.


Tuesday, October 12, 2010

1st day.....

ish2... tak blh kata 1stday sbb hari khamis ade jamuan untuk besday aku..kuang2...yg peliknya besday aku..aku yg kena uruskan jamuan tue...ish2...tapi sebenarnya mmg aku dah start diet...nie semua terpengaruh apabila baca blog ini... adik zul kui..kui..terasa tercabar n bangga adik zul dapat kuruskan berat badan dia... :)

mari2...mari2..mari2... kita tgk saper yg kena....  huhuhu salah ayat lor...mari2 lihat menu kita hari ini... 20g crab > < muahhhhhhhhhhhh :)

B- Salad +2 telur rebus + 2 sudu mayo +  tomato = 3.2g .... --> aku tak tahu salad n tomato brp g crab ??

L- Salad + 1 ketul ayam goreng + tomato +1 keping chease = 1.6g ... ---> tak termasuk crab salad n tomato...eden tak tahu brp crab..saper tahu sila bg tahu yea.. >-<

D- Tomyam campur + baby sawi rebus = aku rasa  (3g - 6g) kot...nie yg aku plan makan malam nie... :)


:: kira2 > 20g crab if tak termasuk crab salad n tomatola..... 10.8 crab hari ini aku makan ...wah2 ..yum2 ::
sorryla u all tak ade gambarla....hanset murah takde camera..heheheheh...saper2 senior n pro diet atkins nie mintak tunjuk ajar yea.. tq... muahhhhhhhhhh   >-<

p/s: u all aku telah melangar pantang larang diet atkins......wawawawaa..... smlm balik kerja housemate beli kek belanja 1 rumah...dah habis makan kek 1 potong baru ingat..pantang larang... kuang2.. takper berusaha2 untuk diet..jangan putus asa ok.. muahhhhhhhhhh :)



~Inila dia ~

Diet Atkins

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini…!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.

Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEH TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiboy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
cuba  diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.
sumber : Blog Pakar Kecantikan Wanita


:: PeRmULaaN HiDuPKu ::

:: Salam n Selamat datang ke Teratak Cahaya Rezeki ::

Kenapa? Mengapa? Sebab apa? n bla..bla.... title blog aku ''permulaan hidupku'' huhuhu tertanya2la tue....jeng2... hari ini bermulalah...bukan nak lumba lari ker..nak jadi isteri orang ker..no..no...no... bermulala diet aku... jeng2....aku tulis kat sini nak bg semangat kat diri aku..yg semakin hari semakin gemuk ini....kuang2... diet apa aku nak buat.... tunggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. :)


Monday, October 11, 2010

~HapIe bEsdAy tO ME~

~ hapie besday aku ucapkan untuk aku..kui..kui.. tak ade sapa nak wish aku wish sendirila ~
    081010 adalah besday aku yg ker- 25....dah tua da...doakan aku dipanjangkan umur..murah rezeki ...berjaya didunia n akhirat...sihat selalu... n doa yg baik2  k.