~klik untuk masa depan CaHaYa ~

Monday, November 15, 2010

ADAKAH ANDA PANIK!!!!!!!!!!!!!!!!



GANGGUAN PANIK (PANIC ATTACK) DAN AGORAFOBIA

Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?

Jika YA, teruskan...

Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?

Jika YA, teruskan ...

Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :

Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?

Adakah anda gementar atau bergetar?

Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?

Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?

Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?

Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?

Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?

Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?

Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?

Adakah anda berasa akan mati?

Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?

Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?

Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA?

Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!

Baiklah, teruskan lagi ...

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan terhadap kejadian satu serangan lagi?

Jika YA...

Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!

* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia

Agorafobia (Agoraphobia)

Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?

Jika YA, teruskan...

Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk menghadapi keadaan itu?

Jika YA...

Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !

- Artikel iluvislam.com
Penulis: Nurul Hakimah Khairir 

PENYAKIT: Takut 15 Makanan Ini!

Salam... best tak topik nie :).. dengar pekataan " PENYAKIT" ngeri jea bunyinya...

jom kita tgk khasiat setiap makanan ini... :)

SALAD


Pencegah penyumbatan arteri

Vitamin C dan beta karoten di dalamnya mencegah oksidasi kolestrol. Sewaktu proses oksidasi berlaku, kolesterol akan mengeras dan membentuk plak di dalam pembuluh darah. kesannya, penyumbatan akan berlaku.

KENTANG


Agen penurun tekanan darah

Kentang secara umumnya dapat membantu menurunkan tekanan darah anda kerana kandungan natriumnya yang rendah iaitu hanya 0.4mg / 100gm. Syaratnya, ambil sebiji sahaja bagi setiap kali dan makanlah yang dipanggang bukannya dimasak bersama keju atau diletakkan didalam makanan berkuah.

TEMPE


Pengusir penyakit degeneratif

Tempe kaya dengan kandungan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Tempe mengandungi agen antibiotik semulajadi yang dapat membantu menyembuhkan infeksi manakala kandungan antioksidanya pula dapat mencegah risiko penyakit degeneratif.

BIJIRIN


Agen pencegah kanser terbaik!

Pengambilan 30 gram serat sehari dapat mengurangkan risiko serangan payudara sebanyak 50 peratus. Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat juga membuktikan makan bijirin setiap hari dapat mengurangkan 28 peratus risiko kegagalan jantung.


LOBAK MERAH


Penyelamat kulit dan jantung

Pengkaji di Institut Kanser Kebangsaan, Amerika Syarikat melaporkan bahawa individu yang banyak mengamalkan pengambilan karotemoid iaitu sejenis pigmen di dalam lobak merah akan mampu mencegah risiko mendapat kanser kulit enam kali lebih efektif.


 TAUHU


 Bantu minimakan risiko kanser

Amalan makan tauhu secara konsisten membantu menurunkan risiko kanser payudara dan prostat. Pemerhatian oleh sekumpulan saintis di Jepun mendapati amalan ini diet dapat membantu mengurangkan risiko kedua kanser ini sebanyak 80 peratus.


DAGING MERAH


Membantu menyuburkan dan menambahkan rambut

Zat besi yang ada di dalam danging merangsangkan pertumbuhan rambut. Selain itu, nutrisi ini juga dapat membantu melindungi rambut keguguran.


BROKOLI


Pencegah kanser serviks
Kandungan asid folat yang tinggi pada brokoli dapat membantu menghentikan virus pencetus kanser serviks, menurut hasil kajian oleh saintis dari Universiti Alabama, Amerika Syarikat.
TEH HIJAU

 
Memelihara payudaramu

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Dr.Gail Sonenshein, ahli bio-kimia dari Universiti Boston, Amerika Syarikat, teh hijau dapat membantu mencegah kanser payudara, terutamanya yang berpunca daripada faktor usia. ini kerana teh hijau mengandungi kadar polifenol yang tinggi di dalamnya.


BAYAM



Baik untuk yang kurang darah
Bayam kaya dengan vitamin A , C dan E seta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Jus Bayam mengandunhi zat besi secukupnya untuk mengatasi masaalah2 yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian diminum dua kali sehari.


KEJU



Cegah karies Gigi
Kajian di California mendapati bahawa kalsium yang terkandung di dalam keju bukan sahaja mampu membantu menguatkan gigi sebaliknya turut melindungi 'mutiara' anda itu daripada terkena karies gigi. Ini kerana kadar pH yang terkandung di dalam keju tersebut.


KOPI


Perangsang daya fikir otak

Kopi sememangnya diketahui umum mengandungi antioksidan yang tinggi. Kopi juga dapat membantu menurunkan risiko terkena Alzheimer sebanyak 60 peratus. Namun, hadkan pengambilan secawan sehari.


OREN

 Singkirkan LDL

Kadar penyerapan vitamin C yang tinggi di dalam buah oren turut membantu mencegah kenaikan LDL (Lemak jahat) di dalam tubuh. Vitamin C juga dapat membantu mengurangkan risiko alahan.


BAWANG PUTIH


Pelindung prostat bagi lelaki
Nutrisi kimia yang terkandung di dalam bawang putih telah terbukti berkesan mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 50 peratus.


JUS ANGGUR


Minuman awet muda

Pencermaran bahan toksik dalam tubuh di samping stres sering membuatkan kita diserang gejala penuaan lebih awal. Antioksidan yang terkandung di dalam anggur iaitu 'resveratrol', diketahui dapat membantu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab stre oksidatif di dalam tubuh.


:: Selamat membaca::

Atikel : majalah rapi
Gambar :  ehsan dr Google